SK Perantau Damai

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Adakah Pengajaran Sains dan Matematik dalam BI perlu diteruskan?
Pengajaran PPSMI wajar diteruskan [3 vote(s)]

Setuju
0.0%
Tidak setuju
100.0%
SID


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Adakah Pengajaran Sains dan Matematik dalam BI perlu diteruskan?


Tajuk ini telah banyak dibincangkan, pro dan kontra hangat di perkatakan. Bagaimana pandangan saudara/saudara?



-- Edited by SID at 12:33, 2008-11-04

-- Edited by SID at 12:34, 2008-11-04

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:


Bab ni  sebenarnya susah gak na cerita,tapi tak pe kita cuba bincang secara santai dan terbuka sikit,,
 nak diluah takut mati.....elaun...biggrin diam takut mati ........hati...doh

Kalau ikut FACTs periksa/penilaian kefahaman murid, Kesanggupan diri, kemahiran diri sendiri , kira setakat tahun ni jelah PPSMI.

petikan :
http://faisalkini.blogspot.com/2008/10/surat-terbuka-persada-isu-ppsmi.html

Satu tinjauan yang dijalankan oleh UNESCO untuk laporan Bank Dunia pada tahun 1997 telah menyimpulkan bahawa apabila sesuatu pembelajaran itu menjadi suatu matlamat, termasuklah pembelajaran bahasa kedua, (seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan lain-lain di Malaysia), penggunaan bahasa ibunda seseorang pelajar itu harus digunakan sebagai medium pengajaran dalam tahun-tahun awal persekolahannya. Di samping itu, UNESCO juga memetik daripada ‘Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries (Staff Working Papers, New York, Unicef’) sebagai berkata: “Dalam keadaan di mana ibu bapa pelajar itu buta huruf, jika medium pengajaran di sekolah ialah bahasa yang tidak digunakan sebagai bahasa pertuturan di rumah, ditambah pula dengan masalah pembelajaran dalam suasana kemiskinan, maka peluang untuk berlaku keciciran dalam pembelajaran akan meningkat dengan mendadak.”

itu kata mereka lah..


Namun begitu Kelemahan dari segi perlaksanaan juga menyebabkan RASA kita macam PPSMI ni gagal. misalnya KPM menjalankan program ni dgn tergesa gesa, perlaksanaan tidak tersusun, tahap guru dan kesediaan murid dalam penguasaan BI serta mcn2 lagilah

Tidak dapat kita nafikan bahawa keperluan terhadap BI dalam menguasai ilmu dunia hari ini. Ya atau tidak memang kita perlu...

yang baik nya program ni banyak kemudahan ICT bo dinikmati dalam bidang pendidikan cikgu- laptop, dengan alasan PPSMI KPM bo dapatkan peruntukan utk kita..
Peruntukan ICT lain, makmal komputer dan peralatan ICT lain... banyak di bawah projek ni.

ooop dah banyak ni bagi peluang org lain plk..
last.. kalau utk vote.. ( sbg bapa, guru, rakan murid, bapa saudara, bapa sepupu, dll ) untuk  hari inilah..

PPSMI x perlu lagi

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.evileye





Attachments
__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Saya faham apabila menonton televisyen dalam bahasa inggeris walau tanpa sarikata tetapi, apabila saya belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris ianya agak sukar untuk saya fahami. Saya yakin saya boleh capai A dalam bahasa inggeris UPSR 2009 tetapi,bagaimana dengan subjek sains dan matematik. Di mana kelemahannya???? mungkin istilahnya agak berbeza dengan bahasa inggeris tetapi, saya akui agak sukar untuk saya mempelajarinya. Di mana kelemahannya? Saya simpati juga dengan rakan-rakan yang dah memang lemah bahasa inggeris inikan subjek sains dan mate ini. Ayah saya seorang guru mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu tetapi, bagaimana dengan rakan-rakan saya yang lain.

Ikhlas dari saya.....

__________________
speckie
SID


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Hi Speckie!

Terima kasih kerana memberi respon, memberi respon kepada tajuk ini suduh mencukupi sebagai permulaan kepada sesuatu yang besar, maksud saya anda telah mula berfikir tentang masa hadapan, tentang kelemahan diri sendiri, simpati kepada rakan, teruskan menulis, kerana menulis sebenarnya memerlukan kita berfikir bagi meluahkan rasa hati, melatih diri dan memperkembangkan idea.

Tentang Sains dan Matematik dalam UPSR yang anda tidak yakin untuk mendapat 'A', jangan lah menjadi halangan untuk cemerlang, dari cara penulisan anda, saya yakin anda sebenarnya boleh diletakkan didalam liga yang berlainan dari sebahagian rakan-rakan anda. Kalau kebanyakan Saintis, Ahli falsafah dan lain-lain orang terkenal dalam disiplin mereka ssebenarnya diperingkat awal mereka tidak cemerlang, kenapa anda tidak boleh berjaya dimasa hadapan? Hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.

Wishing You All the Best.

Regard. wink

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Malam ni dato' hisyamuddin umumkan PPSMI tidak gagal (dan bukan PPSMI berjaya). biggrin
Beliau menyatakan seramai 57% murid menjawab subjek Sains & matematik,
ini tidak termasuk 63 org skpd, ataupun skkt8, skk10 atau sekolah-sekolah kat rompin atau dimana ...... 57 % tu tak tahulah. confused

Ini bukan nak menafikan data tersebut namun jika kita fikirkan 43% lagi x menjawab dalam bahasa Inggeris dimana murid itu dan kenapa?

Mungkin banyak sebab lain yg perlu dinilai, namun jika data ni dulu kita bincangkan jelas bahawa 43% murid yg tidak menjawab dalam bi tu adalah murid yg tidak berkeyakinan tentang penguasaan bahasa inggeris.aww

43% ini jugalah yg mungkin terkeliru dengan istilah, terkeliru dgn bentuk soalan, terkeliru dgn gaya bahasa ataupun masih pudar tentang konsep-konsep asas matematik , proses-proses sains dan sebagainya.
 Mereka inilah yang belajar 5 th tentang istilah dan konsep dalam bi, dan menjawab soalan dalam bahasa malaysia.
Adakah tu adil......?
atau 43% ni mangsa kpd PPSMI?furious

http://www.youtube.com/v/jKArTD-bKuc&hl=en&fs=1"></param><param



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:


bagus

1. penguasaan bahasa inggeris murid meningkat
2. penguasaan bahasa inggeris guru meningkat
3. murid didedahkan dengan ICT
4. guru dapat meningkatkan penguasaan ICT

kurang bagus

1. murid yang lemah tertinggal
2. kefahaman murid lebih menjurus untuk exam


__________________
SID


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Saudara Key,

Pengalaman saya menjadi Owner Yahoo group Connecting dot Rompin, mendapati masalah utama guru-guru kita ialah;

1 Mengunakan nama yang pelik-pelik untuk mendaftar

2 Menggunakan user name yang tidak memberi apa-apa makna dalam e-mail

3 Menyorok atau langsung tidak mengisi apa butiran diri mereka

Seolah-olah mereka tidak mahu orang lain tahu tentang diri mereka, jadi jika mereka menulis saya beranggapan mereka tidak mahu bertanggung jawab atas apa yang mereka tulis.

Ini banyak menimbulkan masalah antaranya;

1 Untuk kita sebagai owner/moderator untuk memberi komen terutama yang berkaitan
dasar. Kerana ini forum terbuka.
2 Akan menyusahkan owner/moderator, jika pendapat-pendapat menyalahi undang-undang
3 Susah untuk mengesan siapa sebenarnya mereka.

Saya cadangkan mereka yang kita tidak diketahui 'asal-usul' mereka, posting mereka kita delete sahaja.


Regards


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Pelan-pelan la tu kot, mungkin diorang malu2 je tu. Nanti lama ada lah tu. Forum ni pun masih baru, rasa seronok dah bila ada yg nak buat posting....biggrin

Tapi kalau boleh kenal lagi bagus, sekurang2 kita tidak salah faham daripada penulisan.
Kadang2 apa yg kita tulis tidak mengambarkan apa yg kita nak ucapkan/fikirkan sebabnya tidak semua orang ada kemahiran dalam menulis ni...idea




__________________
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard